Thursday, November 11, 2010

Hari Anugerah Cemerlang 2010

Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Pada 10hb November 2010 yang lepas, SK Cheh telah selamat dan berjaya untuk mengadakan hari Anugerah Cemerlang bagi tahun 2010 dengan lancarnya. Hari yang penuh bermakna itu telah dirasmikan oleh Encik Adam Bin Darus, Penolong Pegawai Daerah (Sekolah Rendah).

SK Cheh juga ingin sekali lagi berterima kasih kepada para hadirin yang sudi hadir pada hari itu, termasuklah pembaca blog ini yang hadir pada hari itu. Majlis Anugerah itu telah berlangsung selama 2 jam setengah iaitu bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada 12.30 tengah hari.

Semua murid yang menerima hadiah diharapkan dapat menjadikan ia sebagai SEMANGAT untuk berusaha lebih gigih lagi pada tahun akan datang. bagi murid yang tidak menerima hadiah pula, jadikan kejayaan rakan-rakan sebagai pembakar semangat dan satu cabaran untuk diri anda supaya berusaha untuk mencapai lebih baik lagi dari mereka.

Tokoh Murid Lelaki pada tahun 2010 ini adalah Adik Anwar Luqman Abdul Rahman, manakala tokoh murid perempuan pula adalah Adik Nazira bt Shaiful Bahri. Tahniah diucapkan kepada mereka.

Dikesempatan ini juga saya selaku admin weblog ini, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah pada seluruh warga kerja, jawatankuasa serta perseorangan yang telah menjadikan majlis Anugerah Cemerlang pada tahun 2010 ini, sebagai satu majlis yang meriah untuk dijadikan kenangan manis pada murid tahun 6 yang akan meneruskan pengajian ke tingkatan 1 tahun depan. Tahniah semua.

Sekian, terima kasih.

Best Regards,

Mohd Yusof Zainudin
PGS SK Cheh (admin)

Thursday, October 7, 2010

Aktiviti Selepas Cuti Raya dan UPSR

Salam sejahtera buat semua pembaca blog SK Cheh.

Agak lama admin tidak mengemaskini blog SK Cheh ini, ini adalah kerana terdapat beberapa kekangan termasuklah kesemua staf sibuk dengan berbagai urusan berkenaan UPSR. Sebelum admin teruskan, admin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua warga SK Cheh, serta pembaca blog yang dihormati semua. :-)

Alhamdullilah, sekarang urusan UPSR telah pun selesai. Para pelajar tahun 6 sudah boleh menarik nafas lega kerana telah lepas satu ujian. Admin mendoakan supaya anak-anak didik tahun 6, beroleh keputusan UPSR yang cemerlang.Amin.

Selepas minggu peperiksaan, pelajar-pelajar lain masih teruskan pembelajaran seperti biasa. Dalam bulan Syawal ini juga, ada antara pelajar-pelajar bersama guru kelas masing-masing mengambil peluang untuk membuat "Kelas Terbuka". :-) . Mungkin pelik bunyinya kan, istilah ni sebenarnya admin ambil dari istilah "Rumah Terbuka" :-). Mereka membuat jamuan dan menjemput para pendidik SK Cheh serta staf lain, termasuklah admin sendiri. Memang seronok kerana dapat menjamu selera, tetapi apa yang lebih menarik perhatian admin, dengan cara ini, secara tidak langsung para pelajar serta warga pendidik SK Cheh dapat mengeratkan talian silaturrahim. Dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh warga pendidik serta kerjasama dari anak murid dapat membina satu ikatan yang membolehkan anak murid selesa untuk berkomunikasi dengan guru-guru mereka. Ini adalah salah satu elemen yangpenting dalam sistem persekolahan dan PNP iaitu dapat membina satu gaya komunikasi yang berkesan antara guru dan anak murid.

Disini admin paparkan beberapa gambar semasa murid tahun 6 2010, membuat "Kelas Terbuka". Jika ingin melihat gambar lain, boleh layari facebook rasmi SK Cheh di facebook.com/skcheh.

Monday, June 21, 2010

Salam Perkenalan

Assalamualaikum wbrt.

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi dengan izinNya, Blog Rasmi SK Cheh ini telah rasmi diwujudkan atas ilham warga sekolah SK Cheh, terutamanya Cikgu Azmi dan Cikgu Salimah dengan kerjasama PGS SK Cheh, En Mohd Yusof. Blog ini dibina supaya dapat menjadi satu platform dan satu perantara teknologi untuk ketengahkan SK Cheh kepada masyarakat Malaysia khususnya dibidang pendidikan.

Selain memaparkan kemaskini aktiviti terbaru, blog ini juga akan digunakan untuk menyampaikan maklumat atau informasi yang dirasakan penting untuk semua masyarakat dan warga sekolah khususnya. Dengan inspirasi Kerajaan Malaysia untuk membudayakan ICT dikalangan warga sekolah, SK Cheh telah melangkah satu tapak kehadapan dengan kewujudan blog ini.