Thursday, November 11, 2010

Hari Anugerah Cemerlang 2010

Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Pada 10hb November 2010 yang lepas, SK Cheh telah selamat dan berjaya untuk mengadakan hari Anugerah Cemerlang bagi tahun 2010 dengan lancarnya. Hari yang penuh bermakna itu telah dirasmikan oleh Encik Adam Bin Darus, Penolong Pegawai Daerah (Sekolah Rendah).

SK Cheh juga ingin sekali lagi berterima kasih kepada para hadirin yang sudi hadir pada hari itu, termasuklah pembaca blog ini yang hadir pada hari itu. Majlis Anugerah itu telah berlangsung selama 2 jam setengah iaitu bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada 12.30 tengah hari.

Semua murid yang menerima hadiah diharapkan dapat menjadikan ia sebagai SEMANGAT untuk berusaha lebih gigih lagi pada tahun akan datang. bagi murid yang tidak menerima hadiah pula, jadikan kejayaan rakan-rakan sebagai pembakar semangat dan satu cabaran untuk diri anda supaya berusaha untuk mencapai lebih baik lagi dari mereka.

Tokoh Murid Lelaki pada tahun 2010 ini adalah Adik Anwar Luqman Abdul Rahman, manakala tokoh murid perempuan pula adalah Adik Nazira bt Shaiful Bahri. Tahniah diucapkan kepada mereka.

Dikesempatan ini juga saya selaku admin weblog ini, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah pada seluruh warga kerja, jawatankuasa serta perseorangan yang telah menjadikan majlis Anugerah Cemerlang pada tahun 2010 ini, sebagai satu majlis yang meriah untuk dijadikan kenangan manis pada murid tahun 6 yang akan meneruskan pengajian ke tingkatan 1 tahun depan. Tahniah semua.

Sekian, terima kasih.

Best Regards,

Mohd Yusof Zainudin
PGS SK Cheh (admin)