Thursday, October 7, 2010

Aktiviti Selepas Cuti Raya dan UPSR

Salam sejahtera buat semua pembaca blog SK Cheh.

Agak lama admin tidak mengemaskini blog SK Cheh ini, ini adalah kerana terdapat beberapa kekangan termasuklah kesemua staf sibuk dengan berbagai urusan berkenaan UPSR. Sebelum admin teruskan, admin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua warga SK Cheh, serta pembaca blog yang dihormati semua. :-)

Alhamdullilah, sekarang urusan UPSR telah pun selesai. Para pelajar tahun 6 sudah boleh menarik nafas lega kerana telah lepas satu ujian. Admin mendoakan supaya anak-anak didik tahun 6, beroleh keputusan UPSR yang cemerlang.Amin.

Selepas minggu peperiksaan, pelajar-pelajar lain masih teruskan pembelajaran seperti biasa. Dalam bulan Syawal ini juga, ada antara pelajar-pelajar bersama guru kelas masing-masing mengambil peluang untuk membuat "Kelas Terbuka". :-) . Mungkin pelik bunyinya kan, istilah ni sebenarnya admin ambil dari istilah "Rumah Terbuka" :-). Mereka membuat jamuan dan menjemput para pendidik SK Cheh serta staf lain, termasuklah admin sendiri. Memang seronok kerana dapat menjamu selera, tetapi apa yang lebih menarik perhatian admin, dengan cara ini, secara tidak langsung para pelajar serta warga pendidik SK Cheh dapat mengeratkan talian silaturrahim. Dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh warga pendidik serta kerjasama dari anak murid dapat membina satu ikatan yang membolehkan anak murid selesa untuk berkomunikasi dengan guru-guru mereka. Ini adalah salah satu elemen yangpenting dalam sistem persekolahan dan PNP iaitu dapat membina satu gaya komunikasi yang berkesan antara guru dan anak murid.

Disini admin paparkan beberapa gambar semasa murid tahun 6 2010, membuat "Kelas Terbuka". Jika ingin melihat gambar lain, boleh layari facebook rasmi SK Cheh di facebook.com/skcheh.

No comments:

Post a Comment